Isnin, 27 Julai 2009

Cerita Ceriti

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat Rajin belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari Seorang yang malas.
Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku paling malas.
Katanya : “saya adalah yang paling malas”
Raja pun bertanya : “apa tahap malas awak?”
Lalu jawab lelaki tersebut :”kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya”
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : “Saya lebih malas lagi dari dia tuanku”.
Tuanku pun bertanya kepadanya : “sampai mana pulak tahap malas awak?”
Maka jawabnya : “Kalau saya makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan”
Maka raja pun terdiam.
Ketika raja hendak mengumumkan budak kedua itu menjadi rakyat paling malas, tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata: “Saya lah yang paling malas tuanku”.
Raja pun bertanya, : “bagaimana pula tahap kemalasan awak?”
budak itu pun menjawab :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
“Nak cite pun malas”.

Rabu, 1 Julai 2009

Kenapa negeri utara tak di tawan portugis???

ini merupakan fakta yg boleh diguna pakai ketika menjawab soklan kbkk


1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15,000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini...

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .

Seminggu selepas

Feb 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1,2,3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)


Alfonso: selamat pagi


Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang


Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)


Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..


Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya

hang sihat, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang ada kat sana.....

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri....... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ

p/s: terima je lah hakikat

Ahad, 28 Jun 2009

PROMOTE : POPCORN PEJON


anda trasa lapar?
anda mahukan snack?
anda mahukan hiburan?






kalau begitu marilah beramai2 kita ke karnival jualan smart 2009
pelbagai aktiviti yg diadakan
pelbagai gerai juga dibuka oleh guru2 dan juga para pelajar

jadi mai mai mai
jom pakat pi smk taman keramat
meriahkan bersama2

p/s looking forward to taste pejon punyer popcorn

Sabtu, 20 Jun 2009

nothing on my mind

i'm wanna say goodbye to my dear friend ariffin and akmal that are going to Sekolah Berasrama Penuh Alam Shah in PutraJaya

All the best for both of you!!!!!!

(maaf post kali nih agak terlalu pendek => )

Selasa, 2 Jun 2009

CIKGU BM

suatu hari didalam kelas yg aman damai

Murid : Selamat pagi, cikgu.



Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?



Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!



Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.



Murid : Selamat sejahtera cikgu!


Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?



Murid : Faham, cikgu!



Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.



Murid : (senyap)



Cikgu : Pandai!



Murid : Bodoh!



Cikgu : Tinggi!



Murid : Rendah!



Cikgu : Jauh!



Murid : Dekat!



Cikgu : Keadilan!



Murid : UMNO!



Cikgu : Salah!



Murid : Betul!



Cikgu : Bodoh!



Murid : Pandai!



Cikgu : Bukan!



Murid : Ya!



Cikgu : Oh Tuhan!



Murid : Oh Hamba!



Cikgu : Dengar ini!



Murid : Dengar itu!



Cikgu : Diam!



Murid : Bising!



Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!



Murid : Ini ialah jawapan, pandai!



Cikgu : Mati aku!



Murid : Hidup kami!



Cikgu : Rotan baru tau!



Murid : Akar lama tak tau!



Cikgu : Malas aku ajar kamu!



Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!



Murid : Kami siuman!



Cikgu : Cukup! Cukup!



Murid : Kurang! Kurang!



Cikgu : Sudah! Sudah!



Murid : Belum! Belum!



Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?



Murid : Sebab saya seorang pandai!



Cikgu : Oh! Melawan!



Murid : Oh! Mengalah!



Cikgu : Kurang ajar!



Murid : Cukup ajar!



Cikgu : Habis aku!



Murid : Kekal kami!



Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!



Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!



Cikgu : Sudah, bodoh!



Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!



Murid : Duduk!



Cikgu : Saya kata UMNO salah!



Murid : Kami dengar KeADILan betul!



Cikgu : Bangang kamu ni!



Murid : Cerdik kami tu!



Cikgu : Rosak!



Murid : Baik!



Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!



Murid : Dilepaskan tengah malam itu!



Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)


p/s : cerita ini dipetik dari laman forum ini

PEPATAH MODEN

Antara pepatah moden yang disebut2kan tu ialah :

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.

22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....

25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.

26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

27. Patah tumbuh, hilang report polis.

28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.

30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.

31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)

32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......

33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la ..

35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...

da abis bace cbe la try letak dalam karangan korang
gerenti masyuk punye markah!! (Jangan cube jika cikgu yang tukang check ketas karangan ade penyakit seperti kencing manis, lemah jantung dan migrain yang melampau)

p/s : pepatah ni di petik dari laman forum
ini

Isnin, 1 Jun 2009

malam Ahad itu semalam

semalam tak tau la naper gatal sngt kaki nih nak berjalan
so aku ajak la papa ngan mama gi ampang point (yg sebenarnye x de pape pon)
sblm tu amik kakak dlu dari keje


smpi amp point beli la bende feveret aku
bendenye bulat ade lubang di tengah2 dan ia bersinar2 (xyah nak teka hah)
abis aje bli bende feveret aku tu... blah la ape lg


then, papa bawak gi kedai makan chinese-muslim kat melawati
name kedai tu x silap aku la erm.. Restoran Muhammad Chan Abdullah
sedap.... ramai lak tu
sesak gle smpi air epal aku pon x sampai2 lagi

pastu... erk~! Alhamdullillah konyang den!
balik la ngan happy
dalam kete mule2 kedengaran bunyi radio saje
pastu mule la dngr suara katak kakak yg memanggil hujan
owh you want to challenge me eh
maka start la musim akedemi fantasia ke 8 kat dalam kete
sape yg mng pon xtau

sampai kat flyover ke DUKE
Shrihkkkkkkkkkk..................BUMMMMMMMMM!!!!!!
kelihatan seorang mat moto melanggar but kete ketika didalam kesesakan
terpelanting moto ngan matnye
Subbahanallah,kebetulan kejadian nih berlaku disebelah kete aku saje
jantung aku berdegup dngn lajunye seperti mat moto tersebut membawa motonye
ermm.....tu la xde ape yg aku nak taip sekarang memang mengejutkan

that all folk's